Pertama kali kenal BIGBANG
Sunday, 12 November 2017 • 02:10 • 0 comments
Title untuk entry kali ni " Pertama Kali Kenal BIGBANG " . . Benda ni terjadi masa Aku still lagi sekolah rendah . Masa tu tahun 2011 , aku baru darjah 4 . Kecil lagi hahaha . Semuanya disebabkan kawan baik aku sendiri . Dia yang bawak virus K-POP ni dekat aku . Virus ni melekat dekat aku sampai sekarang tapi dia , dah macam dah keluar dari black hole ni . Nama kawan aku tu Ezany , aku panggil dia ( Nany ) . Satu hari tu dia ada cakap tentang BIGBANG . Aku memang tak tahu langsung apa tu BIGBANG yang aku tahu SUPER JUNIOR sebab masa tu lagu MR.SIMPLE memang famous habis dekat Malaysia , bagi penggemar KPOP lah mungkin . Memang masa tu ramai budak sekolah aku lelaki dan perempuan yang menyanyi MR.SIMPLE . Selain dari SUPER JUNIOR , aku kenal WONDER GIRLS sebab masa tu NOBODY pun hit juga dekat Malaysia . tapi aku setakat dengar saja lagu depa , takdalah sampai nak minat masa tu .
Okey , kisah bermula macam ni . Satu haritu Nany cerita dekat aku dengan kawan-kawan aku yang lain , Auni , Izzawati , Lieya tentang Bigbang . Dia teranglah yang Bigbang ni Kpop apa semua bla bla bla . Aku pun macam nak ambil tahulah kononnya perkembangan semasa , ceh dasar ( tak sedar baru 11 tahun ) ahahakk . Dia cakap dia paling minat Taeyang , aku pun sibuklah nak cop Taeyang even tak tengok lagi muka Taeyang . Kononnya taknak ketinggalan HAHAHAHA .
Esoknya , Nany bawa satu helaian surat khabar . Tak silap aku tu surat khabar kosmo . Ada gambar Bigbang dalam tu , aku ingat lagi gambar apa . Gambar Bigbang menang MTV 2011 . Aku cuba cari dekat google gambar tu tadi , eh jumpalah .
Gambar nilah yang aku tengok dalam helaian surat khabar tu . Aku tanyalah , mana satu Taeyang . Lepas tu Nany tunjuk yang tengah tu . Aku pun dalam hati , eih pehal pelik sangat Taeyang ni . Yelah , rambut dia tu main peranan gila ahaha . Aku tengok yang kanan sekali (TOP) , segak . Masa tu aku tak kenal sapa-sapa Bigbang kecuali Taeyang sebab Taeyang ja yang Nany suka sebut nama .
Balik rumah hari tu , aku pun cari 'info' tentang Bigbang dekat google . Mula dari haritu aku start tengok , m/v , live performance Bigbang . Masa tu barulah aku sedar yang gaya fesyen Bigbang ni memang pelik . Dari rambut sampailah ke baju , kasut semua pelik . Aku pun dah boleh terima fesyen bigbang yang pelik ni tapi masa tu kebanyakkan fesyen Kpop memang pelik tapi Bigbang lain , depa unik ( WELL WE KNOW YG ) .
Benda yang paling tak terjangka sekali ialah bias aku kerap tukar-tukar ahaha . Dari Taeyang , tukar ke GD . Lama sikit dari GD tukar ke Seungri . Sampai sekarang Seungri tak ubah-ubah . Seungri comel okey . ahahaha .
Macam tulah kisah macam mana aku boleh kenal dengan BIGBANG and NOW FOREVER VIP. Lepas apa yang terjadi dekat TOP , aku harap BIGBANG akan lagi kuat . GD takkan biar BIGBANG macam tu saja . Oh ah , MAMA tak nominate langsung Bigbang untuk Artist of the year , whut whut .
Okey , sampai sini saja . Hahaha , taktahu nak type apa . Em , esok Aku last paper Arab . Jangan lupa doakan aku .
|
|