beautiful
Tuesday, 14 November 2017 • 02:53 • 0 comments
" I miss you so much ijeseoya neukkyeo uri gonggan I miss you so much ireoke nunmuri naneunde wae nan mollasseulkka " so untuk hari ni , rasa nak tulis tentang wanna one punya comeback . Okey , aku ponteng sekolah harini , yelah dah akhir tahun ni kita kenalah rehatkan otak tu sikit alang-alang dah habis exam en en . Tak tahulah nak ambil cuti sendiri sampai bila . Sebenarnya ingat nak cuti sampai Jumaat ni , minggu depan baru pergi sekolah sebab nak kena hantar buku teks . Buku teks aku pun tak tahulah , cukup ke tidak . Dahla , suka lempaq merata buku teks . Harap-haraplah cukup semua , malas perabis duit beli buku teks baru . Okey , lets talk about WANNA ONE punya comeback . Memang tunggu lama dah untuk comeback kali ni , tengok pulak teaser menarik en . First comeback ni Wannable boleh tengok sisi mature WANNA ONE . Semalam lepas aku tengok MV BEAUTIFUL tu memang gelak gila, jalan cerita tu sepatutnya sedih tapi bila teringat muka Jaehwan memang hesh hahaha memang tak boleh nak control dah gelak aku . Muka dia masa dekat balai polis tu memang 100% muka tahan gelak psycho dia memang habis hancur rasa nak nanges tu . Tambah-tambah bila rasa macam dengar suara dia gelak tu hahaha . Untuk comeback kali ni , aku suka gila dengan suara Bae Jinyoung , Daehwi , Jihoon dengan Gualin . Masa lagu debut energetic dulu aku suka suara Minhyun , Ong dengan Jaehwan . Seriuosly , part Baejin memang aku suka . Choreo depa pun smart . Guanlin dapat killing part hahahaha . Paling seronok masa part panwink rap selang seli , memang fuh
( NAK TENGOK FULL BOLEH TENGOK DEKAT YOUTUBE HAHAHAHA )
Pertama kali kenal BIGBANG
Sunday, 12 November 2017 • 02:10 • 0 comments
Title untuk entry kali ni " Pertama Kali Kenal BIGBANG " . . Benda ni terjadi masa Aku still lagi sekolah rendah . Masa tu tahun 2011 , aku baru darjah 4 . Kecil lagi hahaha . Semuanya disebabkan kawan baik aku sendiri . Dia yang bawak virus K-POP ni dekat aku . Virus ni melekat dekat aku sampai sekarang tapi dia , dah macam dah keluar dari black hole ni . Nama kawan aku tu Ezany , aku panggil dia ( Nany ) . Satu hari tu dia ada cakap tentang BIGBANG . Aku memang tak tahu langsung apa tu BIGBANG yang aku tahu SUPER JUNIOR sebab masa tu lagu MR.SIMPLE memang famous habis dekat Malaysia , bagi penggemar KPOP lah mungkin . Memang masa tu ramai budak sekolah aku lelaki dan perempuan yang menyanyi MR.SIMPLE . Selain dari SUPER JUNIOR , aku kenal WONDER GIRLS sebab masa tu NOBODY pun hit juga dekat Malaysia . tapi aku setakat dengar saja lagu depa , takdalah sampai nak minat masa tu .
Okey , kisah bermula macam ni . Satu haritu Nany cerita dekat aku dengan kawan-kawan aku yang lain , Auni , Izzawati , Lieya tentang Bigbang . Dia teranglah yang Bigbang ni Kpop apa semua bla bla bla . Aku pun macam nak ambil tahulah kononnya perkembangan semasa , ceh dasar ( tak sedar baru 11 tahun ) ahahakk . Dia cakap dia paling minat Taeyang , aku pun sibuklah nak cop Taeyang even tak tengok lagi muka Taeyang . Kononnya taknak ketinggalan HAHAHAHA .
Esoknya , Nany bawa satu helaian surat khabar . Tak silap aku tu surat khabar kosmo . Ada gambar Bigbang dalam tu , aku ingat lagi gambar apa . Gambar Bigbang menang MTV 2011 . Aku cuba cari dekat google gambar tu tadi , eh jumpalah .
Gambar nilah yang aku tengok dalam helaian surat khabar tu . Aku tanyalah , mana satu Taeyang . Lepas tu Nany tunjuk yang tengah tu . Aku pun dalam hati , eih pehal pelik sangat Taeyang ni . Yelah , rambut dia tu main peranan gila ahaha . Aku tengok yang kanan sekali (TOP) , segak . Masa tu aku tak kenal sapa-sapa Bigbang kecuali Taeyang sebab Taeyang ja yang Nany suka sebut nama .
Balik rumah hari tu , aku pun cari 'info' tentang Bigbang dekat google . Mula dari haritu aku start tengok , m/v , live performance Bigbang . Masa tu barulah aku sedar yang gaya fesyen Bigbang ni memang pelik . Dari rambut sampailah ke baju , kasut semua pelik . Aku pun dah boleh terima fesyen bigbang yang pelik ni tapi masa tu kebanyakkan fesyen Kpop memang pelik tapi Bigbang lain , depa unik ( WELL WE KNOW YG ) .
Benda yang paling tak terjangka sekali ialah bias aku kerap tukar-tukar ahaha . Dari Taeyang , tukar ke GD . Lama sikit dari GD tukar ke Seungri . Sampai sekarang Seungri tak ubah-ubah . Seungri comel okey . ahahaha .
Macam tulah kisah macam mana aku boleh kenal dengan BIGBANG and NOW FOREVER VIP. Lepas apa yang terjadi dekat TOP , aku harap BIGBANG akan lagi kuat . GD takkan biar BIGBANG macam tu saja . Oh ah , MAMA tak nominate langsung Bigbang untuk Artist of the year , whut whut .
Okey , sampai sini saja . Hahaha , taktahu nak type apa . Em , esok Aku last paper Arab . Jangan lupa doakan aku .
NEW LIFE , NEW FRIENDS ! ( AD )
Saturday, 11 November 2017 • 06:13 • 0 comments
Assalamualaikum . Long time no see . Lama tak update blog ni . Hahahaha , rasa nak buka tadi sebab teringat yang dulu diri ni ada blog . Tak banyak dah yang aku publish public yang lain semua masuk draft . Tadi baca balik entry yang dekat draft . Ya Allah hahahaha , lawak kemain cara tulis zaman sekolah rendah . Aku ada juga baca apa yang aku publish public , last aku update tentang spot check . Hahahaha kenangan . Tahun ni takdaklah nak merasa spot check dah dekat asrama sebab aku dah jadi outsider . Sekolah pun dah tukar . Memang semua dah berubah , tahun ni dengan life baru , sekolah baru , kawan baru . Bersyukur sangat sebab dekat mana saja aku pergi ada ja orang yang sudi kawan ahahaha . Mula mula tu serious kekok sangat , aku dahlah bukan jenis yang reti cakap dengan orang . So blog kali ni aku nak cerita tentang kawan kawan baru aku .
Masa sekolah rendah , blog aku penuh dengan nama Ezany , Auni , Izzati Hanafiah , Izzawati . Yelah , aku start tulis blog dari sekolah rendah dan zaman sekolah rendah tulah zaman cinta monyet , penyu , kura kura , kera semuanya adalah . Naik sekolah rendah ni aku dah slow sikit sebab duduk asrama , aku pun malas nak catat apa yang jadi dalam kehidupan aku setiap hari . Jadi banyak benda yang aku lupa . Nantilah nak throwback zaman form 1, 2, 3 . Sekarang ni nak cerita tentang kawan kawan baru aku .
NEW LIFE NEW FRIENDS :
First nak cerita sikit tentang Adriana ( AD ) :
Aku tak tahu kenapa tapi first meet aku dengan Ad paling aku ingat sampai sekarang . Aku ingat semua benda tentang mula mula kami jumpa . Aku mula mula masuk kelas 4KAA tu time subjek Addmath . Time tu kelas tengah buat kerja dalam group . Satu group ada dua orang dan aku pula baru masuk . Aku taktau nak group dengan sapa , aku tengok ja depa buat apa . Tetiba Ad tegur aku " Hampa group dengan kami nah " aku pun angguk . Tempat Ad masa tu depan aku , dia duduk dengan group meja depan . Aku tengok muka Ad aku teringat Qis , aku terfikir juga time tu dia ni Qisthina ka tapi kenapa cakap 'kami-hampa' dengan aku . Takkanlah Qis nak cakap kami hampa dengan aku . Aku jadi nak tau deni nama apa . Lepas tu aku buatlah Addmath dengan dia . Aku nak tolong tapi sepatah apa aku tak faham . Halaa, nak akhir bulan 2 , 2017 baru aku masuk sekolah . Addmath kemana apa kemana . Aku tengok Ad struggle sesorang dia buat soalan Addmat tu . Rasa kesian tapi boleh buat apa , aku kalkulator pun tak bawak . Hahahaha naseb hang lah Ad .
Lepas tu lama sikit aku kenal Ad , oh dia ni baik . Oh baik ahahhahha awat rasa cringey pulak cakap macam adui . tapi srs , Ad baik . Dia cantik , pandai haa semua ada , amek amek Izzah sedang memuji ni.
Lepas dah lama kenai tak adanya 'kami-hampa' dah . Semuanya Hang Aku . Hahahha , tak lama lepas tu Ad jadi tablemate aku sekali dengan Lyana dengan Huda . Cerita tentang Lyana dengan Huda akan menyusul jangan risau . Ad selalu tidur dalam kelas , kalau sekali tengok macam mayat hidup . Taktau nak describe macam mana . Kadang kadang aku ada cakap dekat dia " Muka hang macam orang nak mati " " Muka hang macam orang tak larat nak hidup " tapi satu benda ja diani , mayat hidup dalam kelas tapi result gempak . Haa , dia tidur ka cari ilham pun taktau lah dalam kelas . Time exam pun tidur hahahahhah . okey okey buat macam aku berjaga sangat time exam .
Bagi aku , Ad daripada mula aku kenal dia tak pernah sombong . Dia kadang kadang mengigatkan aku dekat Meon dengan Kinah ( My Ummi and Mama ) . Eloklah tiga tiga tinggi kalah tiang elektrik , aku ja macam padi . Malas nak puji banyak banyak ahahaha . tapikan Ad , terima kasih banyak banyaklah sebab setakat ni hang tak pernah layan aku dengan jahat ahahahahahah . cringey gila ahahahahah .
Sampai sini saja dari Aku . Nanti aku update lain tentang Huda , Lyana dan lain - lain . (P/s : kalau rajin ) elemek ahahaah
cari dan ambil
Monday, 5 December 2016 • 22:44 • 0 comments Assalamualaikum . Nampak title tu cari dan ambil . Sebenarnya tak ada apa pun yang menarik tentang story kali ini . Aku pun makin lama makin malas nak update apa apa dekat blog ni . Cerita masa zaman sekolah rendah yang pernah aku update dalam blog ni semuanya aku dah simpan dalam draft . Nak biar terpampang dekat public malu sebab cerita zaman sekolah rendah . Entah apa apa lah punya perangai masa tu . Nak delete terus rasa sayang . Jadi aku pun save draft , boleh lah cringey sesorang baca cerita zaman budak-budak . Untuk kawan kawan aku time sekolah rendah yang banyak habiskan masa baca blog aku dulu mesti ingat lagi semua yang aku update tentang apa . Tetambah Izzati Hanafiah , tapi Zati . . . aku taktaulah hang ni update lagi ke tak hang punya blog sebab hang private dah . ka hang pun dah stop update blog macam aku . Sebenarnya title " Cari dan Ambil " ni tentang rampas merampas . Hahaaha ~ budak asrama boleh relate dengan story aku kali ni . Malam tu , dengar adalah kawan kawan aku cakap yang aspuri nak buat spot check . Bayangkanlah , malam tu malam last dekat asrama dan esok kami semua dah nak balik cuti panjang akhir tahun bulan 11 . Aku pun macam eh betul ke pengawas pengawas ni nak buat spot check . Besok dah nak balik rumah kot . Takkanlah sampai kejam macam tu , tapi aku still rasa benda tu betul . So bila aku dah rasa benda tu betul aku mula dengar kawan kawan aku cari cara nak simpan 'benda haram' a.k.a telefon masing-masing . Aku ni otak simple ja , lepas prep malam aku ingat aku nak letak telefon dalam kelas . settle takdak masalah . Tapi makin lama bila fikir macam tak logiklah pengawas dengan cikgu nak buat spot check malam last . Macam mustahil . Takkan depa kejam sampai tahap tu . Tapi bila fikir balik , pengawas sekolah aku amanah gila , kalau cikgu dah bagi arahan mesti depa buat even tak masuk akal , contoh senang macam spot check malas last sekolah . so , langkah berjaga-jaga aku dengan kawan-kawan aku check dulu jadual warden mana ynag bertugas untuk malam ni . Benda common dekat asrama spot check mesti malam atau lewat pagi . Jadi aku nak cerita tentang cara aku larikan benda haram dari kena rampas . lol . Tips menghadapi spot check : 1 : Dengar dari sumber yang boleh dipercayai . Contohnya , dengar dari kawan yang satu dorm dengan mana mana majlis tertinggi pengawas sekolah dan asrama . Kalau setakat pengawas biasa biasa tu boleh jugalah percaya tapi paling penting MT ( majlis tertinggi ) 2 : Tengok jadual warden yang bertugas untuk malam hari . Sebagai langkah berjaga-jaga . Kalau tengok warden tu jenis tegas , jenis garang haa maybe dia akan buat spot check . tapi kalau yang biasa biasa tu , relax lah takdanya nak buat spot check , dia pun malas nak ambil tahu apa yang hang buat kat atas asrama tu , asal jangan terjun bangunan sudahlah . 3 : Tengok gerak geri pengawas . Kalau tetiba depa semua berkumpul dekat bilik gerakan asrama ke apa ke ramai ramai tetambah MT . Ha kalau depa dah siap ada perjumpaan tu ada dua benda ja . satu : spot chech . Dua : tak ada kerja . ( melawak ja ) 4 : fikir rancangan nak sorok mana benda haram hampa tu . Kawan aku pernah buat , dia ikat telefon dia berlapis lapis dengan plastik . Lepas tu dia rendam dalam baldi ada air dengan baju nak basuh , dia biar dalam tu semalaman sebab ingat pengawas nak buat spot check . lepas tu dia cuba bukak telefon dia , kuang kuang kuang . telefon tu dah say goodbye . hahahaha . yang paling lawak takdak spot check pulak tu , telefon dia mati macam tu ja . 5 : Berserah sajalah kalau dah kena rampas . Siapa suruh hang bawak benda haram hahahahaha . Okey , sambung balik cerita aku tadi . Malam tu semua macam dah tak berapa risau sebab tengok jadual warden yang bertugas langsung tak garang sebab cikgu tu tak pernah buat spot check . Kalau cikgu tu buat spot check memang jadi sejarah dekat sekolah aku . Kami semua pun malam tu tangkap gambar , buat video , dengar lagu . Memang riuh malam tu dalam kelas . Budak laki pun dah takdak prep malam . Tinggal budak perempuan ja dekat kawasan sekolah . Aku punya seronok ambil gambar dengan buat video kononnya nak buat kenangan . Tiba-tiba malam tu pengawas panggil berkumpul kat surau . Aku fikir dua tiga kali jugaklah nak tinggal telefon aku dalam kelas . tapi aku rasa macam pengawas nak buat taklimat terakhir tentang esok bukannya nak buat spot check , lagipun warden malam tu baik . Aku pun letak telefon dalam beg sekolah aku macam biasa . Sampai sampai dalam durau , aku terkejut gila tengok ada dua warden yang tak bertugas malam tu ada dekat situ . Time tu darah dah tak rasa ada dekat badan aku , tangan sejuk terus . Memang malam tu , malam yang paling erh ntahlah taktau nak describe macam mana cuaknya . Lepas tu jadilah pergaduhan sayang sayang dengan akak akak pengawas kita . hahahaha , cerita gaduh gaduh sayang ni biarlah rahsia . so kesimpulannya : jangan bawak benda haram , jangan bawak benda haram , jangan bawak benda haram , kalau bawak benda haram jangan selalu rasa selesa . hahahahaha . First Wish , Star .
Saturday, 16 April 2016 • 22:45 • 0 comments Baca chat tu sudah cukup buat aku tersenyum . Haissh , kenapala fon boleh hilang saat - saat yang macam ni . Aku tak tau nak reply apa dekat dia , em malu . Kekok kalau guna facebook . Facebook ni chat time zaman mula mula nak kenal dulu hahahaha , wassap time dah rapat . Apa apa pun thanks sebab ingat birthday aku . wish pun dah cukup , Star . Boleh buat aku senyum sampai telinga pun kira okey laa . Kencing manis macam selalu laa . Hahaha . Even ucapan kali ni paling pendek antara semua ucapan tpi okey , aku tak kesah . Tahun lepas hang wish selamat hari lahir ja dalam bahasa arab lagi pendek xD Aku hargai . 19 April 2016 , me turn 5teen
• 20:19 • 0 comments Assalamualaikum . Hai ! Post ketiga untuk hari ni . Petang sat lagi dah nak kena balik hostel . Barang apa pun aku tak kemas lagi , malas sangat - sangat . Mood memang malas nak balik petang satgi sebab rasa macam nak celebrate birthday dekat rumah ja , aku taknak tahun ni orang sambut birthday aku macam time form 1 and form 2 . Aku asyik qeyau ja time kena prank , tak guna . Mentang - mentang aku ni jenis sikit sentap , sukala prank aku cara lagutuu , tak guna ! Dapat kad birthday banyak tu pun kira seronok sangat - sangat dah . Dah laa dua hari tak pegang fon langsung , aku betul betul lupa dekat mana aku campaq fon tu sampai boleh hilang dan tak jumpa jumpa sampai laa sekarang . Kalau on wassap mesti Kak Aimi akan wish dekat aku awal sikit emm , tahun ni takda laa ucapan selamat hari jadi daripada Kak Aimi haha . Hambar . Semua sebab aku lupa mana aku campaq fon aku . Malam ni kawad dah nak masuk formasi yang kedua . Minggu lagi satu pulak lawan bicara berirama , penat ! Tula , orang dah kata , tahun ni takpayah masuk banyak banyak acara tapi sibuk , ketegaq nak masuk acara tu acara nu . Kan dah serabut kepala otak . Bila nak study pun taktau laa , macam busy sangat dengan latihan kawad ngan Bicara Berirama . Apa apa pun doakan kejayaan Kawad Kaki KAPA SMKANT dan team Bicara Berirama kami . Benda paling sedih bila teringat takut dia' lupa birthday aku . Ntah , dia tau birthday aku bila ke tidak . Rasa macam dia tak ingat langsung . Hambarnya ! Dahla lawan bola sepak time birthday aku , memang takda hari lain ke nak lawan . memang suka rosak mood la ! Ni yang buat aku nak qeyau sangat - sangat ni . Even dia tak ucap pun takpa asalkan dekat sekolah tu boleh nampak batang hidung dia dah la . Ni nak buat aku reput dan reput kat sekolah tu seharian time hari lahir aku tanpa buat apa apa . Hesy , nasib badanlah Izzah . Dah memang ditetapkan macam tu . Rasa macam hambar sangat ja bayangan jalan cerita hari lahir aku tahun ni . Bukan setakat hambar . Kelam sampai tengelam tak timbul timbul dah . Busa dia pun tak nampak dah . Huwaaaaaa . Tengok tengok time birthday aku tulaa aku nanges tak henti paa . Hala , semua hambar . Takdaa apa yang boleh buat aku senyum . Kelam . Kelam . 19 April ni . emm , takpa . aku boleh celebrate birthday ngan twin twin aku . Padel and Zira . Kami berkongsi tarikh yang sama . Boleh laa tak la nampak macam aku ja yang sedih sambut birthday haritu , lagipun subjek haritu sikit , tak banyak sangat macam hari hari lain. Boleh laa aku tidur ke , baca novel ka , sembang ka or reput ka . Banyak la jugak aktivti hahhahambarhahahahaha. kerja kursus Geografi
• 04:43 • 0 comments Assalamualaikum . Hai . Okey , fuhh hari ni memang pening plus panas plus marah plus best . Pening sebab kerja kursus geo yang pelik ni . Panas sebab kena jalan bawah cahaya matahari , dah laa lenguh kaki ni . Marah sebab orang yang kami temu bual tu annoying sangat , rasa nak hempuk ja . Best sebab halaa, buat kerja dengan Padel , Double N , Una ngan Trex . Semua gila - gila and kerja pun berjalan dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat laa jugak . 3 jam hahahahahaha. Pagi tadi Ibu gerak aku dalam pukul 9.50 pagi . Time tu aku memang tengah otak ting tong . Hlaa , baru bangun and fon lupa letak mana . Tension . Pagi - pagi lagi ada dah nangis sampai mata aku bengkak . Aku ingat takmau pi buat kerja kursus tuu tapi kalau takpi , bila boleh siap benda tu . Takkan aku nak kena buat sorang - sorang , lagi payah . Dah laa kena temu bual orang , nayaa aku ja . Aku pun dengan tersedu - sedu iron baju , lilit shawl . Bawah mata memang sembab gila . Mata merah habis , habis mata macam panda . Sampai - sampai ja rumah Padel semua pakat terkejut mata aku merah and sembab . Aku pun masuk sambil nangis . Bila dah reda sikit nangis aku tu , kami buat kerja seni . Arca yang memang serabut tu haissh . Depa suruh aku buat borang soal selidik .Aku pun buatlah . Lepas tuu , Mak Padel ajak kami semua makan . Kek birthday Padel . 19.04 ni . Sama macam birthday aku 19.04.2001 . Kat Kek tu ada gambaq Padel hahahahaha , sumpah lawak ! Padel kata jangan makan muka dia hahahahaha . Lepas makan kek , kami makan nasi pulak . Makan banyak betul . Kalau dok rumah Padel seminggu aku rasa buncit aku . Lepas tu , Padel tengok cerita Korea sat .Aduii! Lepas tu masuk waktu Zohor . Kami semua sembahyang la dulu . lepas sembahyang tuu , kalut lilit shawl . hahahah lawak . Padel buli Trex suruh iron shawl kat dia . Trex pun iron laa. last - last Padel pakai tudung hitam besa ja , ngek betul ! Kami pun mula laa merantau pelosok kampung . Perhh , cabaran dia memang gila . Panas betul hari ni . Sambil jalan tu aku ada la amek gambar pemandangan kat situ . Jap aku tunjuk kat hampa .
Haa, Tula gambar permandangan yang kami dapat . Ada lagi banyak tapi rasa tak perlu kut tunjuk hewhew. Ni pulak antara orang yang kami temu ramah .
|
|