Both Of Us
Welcome back !
Friday 15 April 2016 • 02:27 • 0 comments






















Assalamualaikum . Lama dah tak update apa apa story dekat blog . Dekat setahun jugaklah . Malas nak update sebab duduk hostel jadi semua cerita bila dah balik ke rumah dah tak fresh . Lagipun tak ada idea untuk mengarang blog dah sejak beberapa tahun ni . Macam kosong saja . Jadi Aku pun clear semua story yang ada dalam blog ni . Bila baca balik kisah cinta zaman budak-budak aku sendiri , aku pun naik segan . Masih mentah lagi time tu tapi ada hati nak bercinta - cintun . Hahahaha . Agak malulah even itu diri aku sendiri . Gatal sangat .

         
          So , aku start balik menulis blog ni mulai sekarang . Lama sangat tinggal . Emm, dulu guna nama blog Izzahrazali.blogspot.com tapi sekarang dah tukar jadi Preciouscinderella.blogspot.com . Saja nak ubah angin . Konon . Cakap tentang apa yang aku pernah update dulu enn , aku rasa lawak juga. Banyak betul cerita zaman sekolah rendah dulu . Main sana , main sini . Nangis sana , nangis sini , gelak sana , gelak sini . Seronok sangat . Walaupun time tu perangai memang totally out . Perangai memang budak - budak gila. Mestilah budak , nama pun still budak sekolah rendah time tu . Dalam kepala otak ingat main , main dan main. Ehem , sekarang pun lagi banyak main hahahaha. Tak sedar diri tu dah semakin tua .
 
          Bila aku dah sedar yang aku ni semakin tua dan menua dan bakal jadi semakin tua. Aku cuba nak menghargai zaman sekolah menengah aku ni dengan sebaik - baiknya . Nanti bila dah habis sekolah takut rindu sangat kenangan sekolah menengah . Takut tak sempat nak betul betul rasa zaman sekolah menengah ni . Bila dah masuk alam pekerjaan nanti , lain sudah ceritanya . Dah tak boleh lari sana , lari sini macam yang aku selalu buat kat sekolah and hostel . Satu lagi , hostel . Aku cuba tengah feel betul - betul perasaan orang yang duduk hostel . Best lah jugak . Hostel ni macam sebuah tempat yang training hampa semua jadi skuad leader . Dari bawah hang jerit sampai ke tingkat tiga suara hang akan bergema . Memang best . Tapi lepas tu memang kacau daun sikit sebab pengawas - pengawas mula suruh hang " Pelajar Puteri sila jaga ketenteraman asrama" yang tu lah yang paling spoil . Tapi tak pernah makan saman , lagi pengawas larang , lagi seronok aku buat benda tu hehe.
         
          Lepas tu kan , benda yang paling dasyat bila air tak ada dekat asrama . Aras 1, aras 2, aras 3 air semua tak mau keluar . Time tulah hampa akan tengok satu asrama mandi dekat shower yang ada sebelah ampaian . Ramai sangat orang . Kalau petang boleh tahan lagi tapi kalau pagi sebelum pi sekolah tu lah yang paling aku tak boleh tahan . Dua orang kawan aku yang satu dorm dengan aku wal lagi depa dah pi beratur nak mandi . Lepas depa mandi baru gerak aku , dah la gerak aku macam takda apa - apa jadi . Aku jalan dengan mata yang memang susah nak celik tu . Mengantuk lagi . Sampai - sampai shower tengok - tengok takda sorang pun . Aku ingat orang tak bangun lagi . Takpala tapi bila aku pulas ja air dekat singki . Haa sudah ... Air takda . Terus mata aku yang layu tu luas terbuka . Laju ja aku jalan turun pi shower bawah . Nasib baru pukul lima pagi .

          Sampai ja dekat sana . Aku terkejut . Ramai gila ! Sudah . Tunggu dekat sejam baru boleh mandi sebab ramai sangat . Yang tu paling annoying dalam sejarah hidup aku sebagai penghuni hostel ni . Air takda . Even takda - takda air pun aku cuba lah nak enjoy hidup aku dekat asrama tu . Tu semua kenangan nanti . Ceih ! Takda elektrik lagi power . Tak beriron lah baju aku satu haritu , dahla panas . Pi sekolah baju kedut , nasib tak kedut banyak . Kalau tak memang akan ada orang tanya "Baju baru masuk mesin ka?" biasalah orang nak melawak cara mulut takda insurans ni memang ramai .

          Okey , nak cerita benda paling best dekat sekolah pulak. Kalau dekat kelas aku ni antara orang yang kuat tidur . Bukan time cikgu mengajar tapi time cikgu keluar kelas aku pun tidur . Tahun lepas memang jadi hobi yang tak dapat ditinggalkan . Tahun ni berkurangan sikit sebab tahun ni tak kuat sangat tidur kat dalam kelas , tapi kalau balik dorm memang tidur tak sedar apa dah . Memang nyenyak tidur sampai orang kejut pun memang jarang - jarang aku dengar . Memang tak sedarkan diri .
          Lepas tu dalam kelas pulak susunan tahun ni 21 centuries . Memang banyak mulut la group aku , pok pek pok pek . Cakap tak berenti . Bila nak study pun taktau lah . Tapi aku kalau time cikgu mengajar memang aku tak suka bising ka sembang ka sebab time tulah aku nak focus pun sebab aku ni jenis lepas kelas memang tak study dah . Malas . So , dalam kelas memang aku focus sangat - sangat nak hadam apa yang cikgu ajar . Cikgu pulak nak habis kan silibus cepat - cepat . Otak aku ni pun penat nak hadam apa yang cikgu cakap kadang - kadang . Jasad dalam kelas tapi fikiran haa , sampai pulau jeju korea sana . Huhuhu.



Welcome to my blog . Please navigate around happilly . from : izzah razali bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Playing with fire :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME