Both Of Us
19 April 2016 , me turn 5teen
Saturday 16 April 2016 • 20:19 • 0 comments



Assalamualaikum . Hai ! Post ketiga untuk hari ni . Petang sat lagi dah nak kena balik hostel . Barang apa pun aku tak kemas lagi , malas sangat - sangat . Mood memang malas nak balik petang satgi sebab rasa macam nak celebrate birthday dekat rumah ja , aku taknak tahun ni orang sambut birthday aku macam time form 1 and form 2 . Aku asyik qeyau ja time kena prank , tak guna . Mentang - mentang aku ni jenis sikit sentap , sukala prank aku cara lagutuu , tak guna ! Dapat kad birthday banyak tu pun kira seronok sangat - sangat dah .


          Dah laa dua hari tak pegang fon langsung , aku betul betul lupa dekat mana aku campaq fon tu sampai boleh hilang dan tak jumpa jumpa sampai laa sekarang . Kalau on wassap mesti Kak Aimi akan wish dekat aku awal sikit emm , tahun ni takda laa ucapan selamat hari jadi daripada Kak Aimi haha . Hambar . Semua sebab aku lupa mana aku campaq fon aku .


          Malam ni kawad dah nak masuk formasi yang kedua . Minggu lagi satu pulak lawan bicara berirama , penat ! Tula , orang dah kata , tahun ni takpayah masuk banyak banyak acara tapi sibuk , ketegaq nak masuk acara tu acara nu . Kan dah serabut kepala otak . Bila nak study pun taktau laa , macam busy sangat dengan latihan kawad ngan Bicara Berirama . Apa apa pun doakan kejayaan Kawad Kaki KAPA SMKANT dan team Bicara Berirama kami .


          Benda paling sedih bila teringat takut dia' lupa birthday aku . Ntah , dia tau birthday aku bila ke tidak . Rasa macam dia tak ingat langsung . Hambarnya ! Dahla lawan bola sepak time birthday aku , memang takda hari lain ke nak lawan . memang suka rosak mood la ! Ni yang buat aku nak qeyau sangat - sangat ni . Even dia tak ucap pun takpa asalkan dekat sekolah tu boleh nampak batang hidung dia dah la . Ni nak buat aku reput dan reput kat sekolah tu seharian time hari lahir aku tanpa buat apa apa . Hesy , nasib badanlah Izzah . Dah memang ditetapkan macam tu .


          Rasa macam hambar sangat ja bayangan jalan cerita hari lahir aku tahun ni . Bukan setakat hambar . Kelam sampai tengelam tak timbul timbul dah . Busa dia pun tak nampak dah . Huwaaaaaa . Tengok tengok time birthday aku tulaa aku nanges tak henti paa . Hala , semua hambar . Takdaa apa yang boleh buat aku senyum . Kelam . Kelam .


         19 April ni . emm , takpa . aku boleh celebrate birthday ngan twin twin aku . Padel and Zira . Kami berkongsi tarikh yang sama . Boleh laa tak la nampak macam aku ja yang sedih sambut birthday haritu , lagipun subjek haritu sikit , tak banyak sangat macam hari hari lain. Boleh laa aku tidur ke , baca novel ka , sembang ka or reput ka . Banyak la jugak aktivti hahhahambarhahahahaha.





Welcome to my blog . Please navigate around happilly . from : izzah razali bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Playing with fire :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME