Both Of Us
cari dan ambil
Monday 5 December 2016 • 22:44 • 0 comments

Image result for pink tree cartoon  Assalamualaikum . Nampak title tu cari dan ambil . Sebenarnya tak ada apa pun yang menarik tentang story kali ini . Aku pun makin lama makin malas nak update apa apa dekat blog ni . Cerita masa zaman sekolah rendah yang pernah aku update dalam blog ni semuanya aku dah simpan dalam draft . Nak biar terpampang dekat public malu sebab cerita zaman sekolah rendah . Entah apa apa lah punya perangai masa tu . Nak delete terus rasa sayang . Jadi aku pun save draft , boleh lah cringey sesorang baca cerita zaman budak-budak . Untuk kawan kawan aku time sekolah rendah yang banyak habiskan masa baca blog aku dulu mesti ingat lagi semua yang aku update tentang apa . Tetambah Izzati Hanafiah , tapi Zati . . . aku taktaulah hang ni update lagi ke tak hang punya blog sebab hang private dah . ka hang pun dah stop update blog macam aku .

                                             Image result for pixel gif kpop


            Sebenarnya title " Cari dan Ambil " ni tentang rampas merampas . Hahaaha ~ budak asrama boleh relate dengan story aku kali ni . Malam tu , dengar adalah kawan kawan aku cakap yang aspuri nak buat spot check . Bayangkanlah , malam tu malam last dekat asrama dan esok kami semua dah nak balik cuti panjang akhir tahun bulan 11 . Aku pun macam eh betul ke pengawas pengawas ni nak buat spot check . Besok dah nak balik rumah kot . Takkanlah sampai kejam macam tu , tapi aku still rasa benda tu betul . So bila aku dah rasa benda tu betul aku mula dengar kawan kawan aku cari cara nak simpan 'benda haram' a.k.a telefon masing-masing . Aku ni otak simple ja , lepas prep malam aku ingat aku nak letak telefon dalam kelas . settle takdak masalah .
 
           Tapi makin lama bila fikir macam tak logiklah pengawas dengan cikgu nak buat spot check malam last . Macam mustahil . Takkan depa kejam sampai tahap tu . Tapi bila fikir balik , pengawas sekolah aku amanah gila , kalau cikgu dah bagi arahan mesti depa buat even tak masuk akal , contoh senang macam spot check malas last sekolah . so , langkah berjaga-jaga aku dengan kawan-kawan aku check dulu jadual warden mana ynag bertugas untuk malam ni . Benda common dekat asrama spot check mesti malam atau lewat pagi . Jadi aku nak cerita tentang cara aku larikan benda haram dari kena rampas . lol . 


          Tips menghadapi spot check :

1 : Dengar dari sumber yang boleh dipercayai . Contohnya , dengar dari kawan yang satu dorm dengan mana mana majlis tertinggi pengawas sekolah dan asrama . Kalau setakat pengawas biasa biasa tu boleh jugalah percaya tapi paling penting MT ( majlis tertinggi )

2 : Tengok jadual warden yang bertugas untuk malam hari . Sebagai langkah berjaga-jaga . Kalau tengok warden tu jenis tegas , jenis garang haa maybe dia akan buat spot check . tapi kalau yang biasa biasa tu , relax lah takdanya nak buat spot check , dia pun malas nak ambil tahu apa yang hang buat kat atas asrama tu , asal jangan terjun bangunan sudahlah .

3 : Tengok gerak geri pengawas . Kalau tetiba depa semua berkumpul dekat bilik gerakan asrama ke apa ke ramai ramai tetambah MT . Ha kalau depa dah siap ada perjumpaan tu ada dua benda ja . satu : spot chech . Dua : tak ada kerja . ( melawak ja )

4 : fikir rancangan nak sorok mana benda haram hampa tu . Kawan aku pernah buat , dia ikat telefon dia berlapis lapis dengan plastik . Lepas tu dia rendam dalam baldi ada air dengan baju nak basuh , dia biar dalam tu semalaman sebab ingat pengawas nak buat spot check . lepas tu dia cuba bukak telefon dia , kuang kuang kuang . telefon tu dah say goodbye . hahahaha . yang paling lawak takdak spot check pulak tu , telefon dia mati macam tu ja .

5 : Berserah sajalah kalau dah kena rampas . Siapa suruh hang bawak benda haram hahahahaha .

                                   Related image

           Okey , sambung balik cerita aku tadi . Malam tu semua macam dah tak berapa risau sebab tengok jadual warden yang bertugas langsung tak garang sebab cikgu tu tak pernah buat spot check . Kalau cikgu tu buat spot check memang jadi sejarah dekat sekolah aku . Kami semua pun malam tu tangkap gambar , buat video , dengar lagu . Memang riuh malam tu dalam kelas . Budak laki pun dah takdak prep malam . Tinggal budak perempuan ja dekat kawasan sekolah . Aku punya seronok ambil gambar dengan buat video kononnya nak buat kenangan . Tiba-tiba malam tu pengawas panggil berkumpul kat surau . Aku fikir dua tiga kali jugaklah nak tinggal telefon aku dalam kelas . tapi aku rasa macam pengawas nak buat taklimat terakhir tentang esok bukannya nak buat spot check , lagipun warden malam tu baik .

          Aku pun letak telefon dalam beg sekolah aku macam biasa . Sampai sampai dalam durau , aku terkejut gila tengok ada dua warden yang tak bertugas malam tu ada dekat situ . Time tu darah dah tak rasa ada dekat badan aku , tangan sejuk terus . Memang malam tu , malam yang paling erh ntahlah taktau nak describe macam mana cuaknya . Lepas tu jadilah pergaduhan sayang sayang dengan akak akak pengawas kita . hahahaha , cerita gaduh gaduh sayang ni biarlah rahsia . so kesimpulannya : jangan bawak benda haram , jangan bawak benda haram , jangan bawak benda haram , kalau bawak benda haram jangan selalu rasa selesa . hahahahaha .

Image result for pixel gif kpop



Welcome to my blog . Please navigate around happilly . from : izzah razali bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Playing with fire :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME